Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin telah mengisytiharkan bahawa beliau dapat mengatasi cabaran utama 1MDB, namun pengkritik percaya sebaliknya.

Bekas Ahli Umno Langkawi Anina Saadudin berkata syarikat pelaburan negara itu hanya menjual aset dalam usaha untuk mengurangkan hutangnya.

"Apa yang beliau (Najib) lakukan sekarang hanya mengatakan apa yang mereka ada dan tidak apa yang mereka usahakan. Mereka hanya menjual apa sahaja yang negara ini telah dibina setakat ini," katanya kepada Malaysiakini.

"Malah Ahmad Maslan boleh jadi perdana menteri jika anda hanya menjual tabung negara untuk membetulkan ekonomi negara," kata Anina, yang menjadi terkenal selepas menyaman Najib berhubung isu derma RM2.6 bilion.

Najib pada Jun berjanji bahawa masalah 1MDB akan diselesaikan pada 2015. Namun Anina berpendapat bahawa janji perdana menteri itu hanya sekadar untuk mengatakan sesuatu.

"Beliau pada dasarnya telah memungkiri janji lagi. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa 1MDB semakin baik," kata Anina.

Najib semalam berkata 1MDB telah pun merangka perjanjian yang akan menyebabkan hutang-hutangnya berkurangan sekitar RM40.4 bilion.

Terkini adalah jualan 60 peratus ekuiti di Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

1MDB sebelum ini menjual aset tenaganya di bawah anak syarikat Edra Energy dan juga menyusun agar liabilitinya diambil alih oleh firma asing IPIC, dalam satu pemindahan aset tidak lama lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS