Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Merah di Pantai Balok bukan sebab bauksit'
Diterbitkan:  Jan 4, 2016 6:15 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Konsortium Pelabuhan Kuantan Sdn Bhd (KPC) menafikan bahawa 'laut merah' di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam Kuantan disebabkan aktiviti perlombongan bauksit.

Ini kerana sungai yang menghala ke laut di dua kawasan itu tidak bersambungan dengan Sungai Pengorak.

"Penemuan mendapati ia tiada kaitan dengan Sungai Pengorak kerana Sungai Balok dan Sungai Tunggak tidak berkaitan dengan Sungai Pengorak di Pelabuhan Kuantan," kata Ketua Pegawai Operasi KPC, Khasbullah A Kadir.

Beliau juga berkata KPC telah menapis pelepasan air dari pelabuhan ke Sungai Pengorak.

Hasilnya air di Sungai Pengorak menjadi lebih baik sejak 29 Disember tahun lalu.

Katanya, hujan lebat telah memusnahkan tiga penapis keluli pada 29 Disember tahun lalu tetapi sistem penapisan masih berfungsi dan telah mengurangkan pencemaran air di Sungai Pengorak.

Malam tadi, KPC juga berkata pihaknya telah menyediakan pelan khusus untuk mengatasi isu pencemaran alam sekitar di Kuantan akibat aktiviti perlombongan bauksit.

Khasbullah berkata pelan itu mungkin mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana ia merupakan satu projek besar, sambil menambah bahawa proses eksport bauksit di pelabuhan itu akan menjadi 60 hingga 80 peratus lebih bersih sebaik sahaja pelan itu selesai.

Eksport bauksit Malaysia melonjak 1,100 peratus pada tahun 2014 dan Malaysia menjadi pembekal utama untuk China, selepas Indonesia mengharamkan eksport untuk menggalakkan pertumbuhan industri aluminium tempatan.

Lihat Komen
ADS