Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Poster iklan 'babi’ hilang daripada pengedar, kata TGV

Rangkaian pawagam tempatan TGV Cinemas hari ini berkata ia tidak menyunting gambar watak manusia bermuka babi daripada papan iklan besar filem fantasi aksi Hong Kong Journey to the West – The Monkey King 2 yang dijadual ditayangkan pada tahun baru Cina.

Menjawab soalan Malaysiakini berhubung watak Zhu Bajie, manusia bermuka babi dari poster, seorang jurucakap TGV dalam e-mel sebaliknya berkata ia semata-mata menerima kandungan dan poster yang disediakan oleh pengedar filem.

"Pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai filem ini dan akan memaklumkan sebaik sahaja menerima maklumat," kata jurucakap itu.

Poster asal, oleh sebuah syarikat penerbitan China dan Hong Kong, menunjukkan sami Tang Sanzang dan muridnya Raja Monyet Sun Wukong, Sha Wujing dan Zhu Bajie.

Zhu Bajie, separuh manusia separuh babi, digambarkan berada di sebelah kanan Raja Monyet dalam poster itu tetapi tiada dalam papan tanda di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Sebaliknya, tajuk filem diletakkan di ruang yang sama di mana Zhu Bajie berada pada poster asal.

Semua filem ditayangkan di Malaysia mestilah disunting oleh Lembaga Penapisan Filem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu Malaysiakini pada Ahad lalu bahawa lembaga itu akan membuat keputusan "berdasarkan kepentingan negara dan bukannya penerbit filem".

Journey to the West, antara karya agung terpenting China, mengisahkan perjalanan seorang sami ke wilayah Barat bagi mendapatkan teks suci bersama tiga anak muridnya.

Filem itu dibintangi Aaron Kwok sebagai Raja Monyet, Feng Shao Feng (sami), Him Law (Sha Wujing) dan pelawak Xiao Shen Yang (Zhu Bajie).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS