Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bom di Sarinah: 6 maut, penyerang disyaki warga asing
Diterbitkan:  Jan 14, 2016 2:32 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Pengebom bunuh diri yang meletupkan kawasan komersial Sarinah di Jakarta disyaki warga asing.

Berdasarkan keterangan saksi, dia melihat dua individu bertubuh agak kecil dan berwajah asing datang ke premis Starbucks di Jalan MH Thamrin.

Saksi itu yang juga pekerja sebuah bank berhampiran menyatakan, dua individu itu kemudian meletupkan diri mereka di premis berkenaan.

"Tiga cedera parah, termasuk dua anggota polis, manankala seorang yang lain meninggal dunia," katanya yang dipetik Antaranews .

Saksi itu menjelaskan letupan tidak berlaku serentak sebaliknya berturutan.

Letupan pertama, katanya, berlaku kira-kira jam 10.55 diikuti letupan kedua beberapa minit kemudian.

"Premis Starbuks itu ramai dikunjungi pelanggan warga asing, terutama dari Barat," katanya.

Saksi juga menjelaskan, ada ramai penyerang dalam iniden yang dilihat dirancang rapi itu.

Tembak menembak berlaku

Sebahagian daripada mereka, katanya, mengejar polis selepas letupan di Starbucks berkenaan.

"Mereka juga menyerang kenderaan tentera.

"Secara keseluruhan ada tiga pengebom bunuh diri, dengan dua daripadanya bertindak di Starbucks dan satu lagi di kawasan pos polis," katanya.

Sementara itu Reuters melaporkan, sekurang-kurangnya enam maut dalam serangan yang menggemparkan itu.

Selain enam letupan kedengaran, saksi juga menyatakan berlaku tembak menembak antara penyerang dan anggota keselamatan.

Beberapa jam selepas serangan bermula, orang awam terdengar sekurang-kurangnya satu lagi letupan dan kejadian tembak menembak.

Metro TV melaporkan, polis percaya ada antara 10 hingga 15 penyerang terbabit, termasuk seorang pengebom bunuh diri.

Polis menempatkan penembak tepat di lokasi strategik di sekitar kawasan kejadian, selain kereta perisai serta kelengkapan lain.

Lihat Komen
ADS