Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petronas teliti langkah kurangkan pekerja
Diterbitkan:  Jan 21, 2016 11:27 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Petronas sedang mempertimbangkan langkah mengurangkan sebahagian daripada 51,000 kakitangannya sebagai sebagai salah satu cara menghadapi kejatuhan harga minyak.

Sumber dilapor memberitahu Malaysian Reserve , skim pemberhentian sukarela (VSS) kepada pekerja tetap sedang dipertimbangkan oleh pengurusan syarikat cari-gali minyak itu.

Pada Selasa, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Petronas merancang mengurangkan RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi untuk tempoh empat tahun akan datang.

Syarikat itu, yang memberikan hampir separuh hasil Malaysia, akan menangguhkan beberapa projeknya, lapor WSJ, yang memetik memo dalaman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Syarikat itu terkesan dengan kejatuhan harga minyak yang setakat Isnin mencacat nilai terendah sejak 2003.

Reuters

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS