Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kompleks beli belah alih ucapan Najib 'jatuh longkang'
Diterbitkan:  Feb 3, 2016 3:13 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Pihak pengurusan Atria Shopping Gallery di Petaling Jaya mengambil keputusan untuk menurunkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang dibuat oleh pelanggannya yang dikatakan boleh membawa fitnah ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nota-nota itu dipamerkan sebagai sebahagian daripada ucapan di pusat membeli-belah itu.

Walau bagaimanapun, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan meminta Najib melepaskan jawatannya dan sekiranya tidak berbuat demikian mereka mengharapkan perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan jatuh longkang.

"Najib jatuh longkap tidak cukup. Kena Najib dan Rosmah jatuh longkang," petik salah satu nota itu.

Gambar-gambar yang membidas perdana menteri itu kini tersebar meluas di media sosial.

Berikutan itu, pengurusan Atria Shopping Gallery dalam satu kenyataan di Facebook berkata pendapat dan pandangan yang dinyatakan itu adalah milik peribadi daripada mereka yang menulisnya dan ia tidak mencerminkan pendapat atau pandangan mahupun pengurusan kompleks itu.

Menurut kompleks itu lagi mereka tidak menyokong mahupun menggalakkan ucapan seumpama itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS