Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis London nasihat Rao serah aduan terhadap Clare melalui p'jaya tinggi
Diterbitkan:  Feb 5, 2016 10:46 AM
Dikemaskini: 2:56 AM

Polis London telah menasihatkan penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP), Ramesh Rao supaya menyerahkan aduannya terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, melalui Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

Rao dinasihatkan berbuat demikian semasa cuba membuat aduan terhadap Clare di balai polis West End Central, London semalam.

"Saya dinasihati oleh polis British untuk serahkan dokumen melalui Pesuruhjaya Tinggi Malaysia untuk mengelak sebarang kehilangan dokumen dan bukti," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dokumen yang dihantar kepada Suruhanjaya Tinggi termasuk akuan bersumpah (SD) dari Lester Melanyi yang mendakwa dia telah diupah oleh Clare untuk menyunting kandungan Sarawak Report, perbualan emel antara Lester dengan Clare yang didakwa mengenai pemalsuan dokumen, surat dari PetroSaudi yang mendakwa semua emel yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah disunting dan palsu serta salinan laporan polis dan memorandum terhadap Clare di Malaysia.

Dokumen-dokumen tersebut adalah untuk dihantar kepada Peguam Negara British dan Kementerian Dalam Negeri, katanya.

Rao sebelum ini telah membuat laporan polis di Malaysia berdasarkan pengakuan video oleh Lester yang Clare dan pemimpin pembangkang Malaysia didakwa memalsukan dokumen berkaitan dengan 1MDB.

PMSP juga telah menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, meminta mereka memberitahu Clare supaya jangan mencampuri politik Malaysia.

Sarawak Report adalah sebuah laman web pemberi maklumat di sebalik banyak laporan yang menggegarkan mengenai skandal kewangan yang melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan 1MDB yang diilhamkannya.

Laman web ini telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sejak akhir tahun lepas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS