Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua ditahan SKMM muat naik kandungan jelik di media sosial
Diterbitkan:  Feb 5, 2016 12:16 PM
Dikemaskini: 4:20 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya menahan dua orang lelaki yang disyaki memuat naik kandungan jelik di media sosial pada Disember tahun lepas.

SKMM dalam satu kenyataan berkata dua lelaki berusia 26 dan 57 tahun itu ditahan reman dalam serbuan yang dijalankan di Alor Setar dan Kota Bharu awal minggu ini.

"Peralatan komunikasi milik suspek telah disita bagi membantu siasatan," kata SKMM dalam kenyataan itu.

SKMM berkata penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan adalah satu kesalahan seperti yang termaktub dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Ini termasuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

"Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," kata SKMM.

- Bernama

Lihat Komen
ADS