Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Pembersihan Najib akan tingkatkan dagangan

Tindakan peguam negara membersihkan perdana menteri daripada sebarang kesalahan dalam isu kemasukan RM2.6 bilion wang ke dalam akaunnya dipercayai akan menyumbang ke arah peningkatan perdagangan tahun ini.

“Kerana semua keraguan dan ketidaktentuan menjejaskan keyakinan pelabur... (menyebabkan) mereka tidak mahu melabur.

“Keyakinan sebegini kita perlu kembalikan,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan prestasi dagangan Malaysia untuk 2015 hari ini.

Setiausaha agung MCA itu ditanya sama ada pembersihan Datuk Seri Najib Razak oleh Tan Sri Apandi Ali itu akan mempertingkatkan dagangan negara.

Bloomberg hari ini bagaimanapun melaporkan analisis luar negara bahawa siasatan Switzerland dan Singapura berkaitan dakwaan skandal 1MDB akan terus menghakis keyakinan pelabur di Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS