Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penasihat SPRM: Siasat dakwaan dana RM2.6b untuk 'pelaburan'

Siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dibuka semula selepas menteri luar Arab Saudi berkata wang itu adalah daripada "pelaburan", kata Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menunjukkan bahawa kenyataan pembelaan oleh "suspek utama" perlu disahkan.

"Satu siasatan yang tulus dan penilaian bagi pendakwaan memerlukan pengesahan yang bebas daripada mana-mana pembelaan oleh suspek utama yang mana kita tidak boleh hanya menerima kata-kata daripada suspek utama," kata Lim kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, beliau berkata, bukti berdokumen tentang sumber dana tersebut, pengaliran wang dan pulangan dana perlu dikemukakan.

Oleh itu, Lim berkata beliau mengalu-alukan kesediaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuka semula sisatan dan menggesa peguam terkemuka untuk meluluskan permintaan SPRM untuk melakukan Bantuan Guaman Bersama (MLA) dari negara-negara lain.

Baca berita penuh.

Lihat Komen
ADS