Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pindaan OSA bawa ke arah pemerintahan diktator - Ambiga

Pindaan untuk mengukuhkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) seperti dicadangkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan menjadikan Malaysia seperti diperintah oleh diktator, kata peguam kanan Datuk S Ambiga.

"Ini bukan tentang melindungi maklumat keselamatan yang sensitif, tetapi mengenai tidak membenarkan kebenaran mengenai rasuah dan salah guna kuasa oleh mereka yang berada dalam peringkat kuasa tertinggi.

"Mana-mana pindaan itu akan menjadikan kita diktator sepenuhnya," kata Ambiga kepada Malaysiakini.

Semalam, dalam temubual eksklusif bersama akhbar Sinchew Daily , Apandi memaklumkan sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara.

Katanya, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.

Apandi juga menegaskan sekiranya wartawan melindungi atau enggan mendedahkan sumber, mereka akan dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.

Sehubungan itu, Ambiga yang juga bekas pengerusi majlis peguam mengecam tindakan terhadap media dan menggesa orang ramai untuk membantah usaha yang dilihat cuba untuk 'mengongkong akhbar'.

"Tanpa media antarabangsa dan media dalam negeri yang kuat, orang ramai akan keliru dengan skandal kewangan besar dan mereka yang melakukannya," kata Ambiga.

Sementara itu, Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee pula berkata, untuk meminda OSA dilihat bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Mana-mana penambahan hukuman yang tidak seimbang akan bercanggah dengan kedudukan perdana menteri sebagai seorang 'perdana menteri yang progresif, negara yang liberal' seperti yang diisytiharkan dalam ruangan pendapat yang disiarkan dalam Sydney Morning Herald pada 27 Oktober 2011," katanya.

Baca berita penuh.

Lihat Komen
ADS