Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Selasa
Diterbitkan:  Feb 7, 2016 4:27 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Angin kencang dan laut bergelora di perairan luar pantai negeri-negeri pantai timur serta Sarawak dan Sabah diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini, kawasan yang terlibat ialah perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak, Labuan dan Kudat dan pantai barat serta pedalaman Sabah.

"Keadaan itu menyebabkan angin kencang timur laut selaju 60 km/jam dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka melanda kawasan berkenaan," kata kenyataan itu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, kata jabatan itu.

Keadaan cuaca yang serupa dijangka berterusan pada tempoh yang sama di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Samui, Palawan, Tioman, Bunguran, Reef South, dan Kuching.

-Bernama

Lihat Komen
ADS