Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita MIC bantu wanita dituduh potong zakar suami

Wanita MIC tampil ke hadapan untuk membantu Fatimah Abdullah, 51, yang kini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika didapati bersalah kerana memotong sehingga putus zakar suaminya- seorang warganegara Pakistan dengan pisau.

Peguam J Gunamalar memberitahu Malaysiakini bahawa Fatimah akan membuat permohonan rasmi untuk menarik balik pengakuan bersalah beliau.

"Saya bertemu tertuduh atas permintaan Ketua Wanita MIC Kebangaan Mohana Muniandy yang prihatin dengan pentadbiran keadilan kes ini.

"Setelah mendengar cerita yang tidak diberitahu tertuduh, saya berpendapat bahawa dia benar-benar menyedari sifat dan akibat daripada akuannya itu dan dia tidak berniat untuk mengakuinya, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 173 (b) Kanun Prosedur Jenayah," kata Gunamalar.

Fatimah pada 28 Januari dilaporkan mengaku bersalah di hadapan hakim Sazlina Safie di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah.

Baca berita penuh

Lihat Komen
ADS