Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Remaja lelaki korban pertama banjir di Johor

Remaja lelaki berusia 14 tahun menjadi korban pertama banjir di Johor apabila lemas ketika mandi di parit di Kampung Tanjung Labuh, di Ledang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak Azhar Elmi Mustofar berkata remaja itu dikenali sebagai Abdul Hadi Abdul Hamid dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama-sama dua rakannya pada kira-kira 2.30 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 2.53 petang telah menggerakkan sebuah jentera dan kenderaan utiliti bersama-sama lapan anggota serta dua pegawai ke lokasi kejadian.

"Usaha mengesan dan mencari mangsa dilakukan pada kira-kira 3.06 petang dan pada 3.14 petang, bomba berjaya menemukan dan mengeluarkan mangsa dari dasar parit sedalam kira-kira 3.6 meter," katanya ketika dihubungi hari ini.

Daerah Ledang dilanda banjir susulan hujan lebat semalam dan setakat 12 tengah hari ini, 59 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sialang Tengah, Ledang Johor.

-Bernama

Lihat Komen
ADS