Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAC: Dua individu beri keterangan kes 1MDB minggu depan

Dua individu terakhir akan tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) minggu hadapan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata mereka ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

"Dua individu ini last yang akan kita panggil pada 11 Februari dan 12 Februari nanti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan van serbaguna sumbangan Bank Rakyat kepada Masjid Al-Iman Kampung Leban Chondong di Rompin hari ini.

Dalam pada itu, Hasan yang juga Anggota Parlimen Rompin berkata Ketua Audit Negara akan membentangkan laporan audit mengenai krisis 1MDB itu kepada PAC pada 24 Februari dan 25 Februari.

Beliau berkata setelah itu PAC akan membuat rumusan terhadap intipati pembentangan laporan audit berkenaan untuk dibentang pula kepada Parlimen.

- Bernama

Lihat Komen
ADS