Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMANAH Selangor mahu tandingi semua kerusi PAS
Diterbitkan:  Feb 8, 2016 12:45 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor sedang bersiap sedia untuk menentang PAS di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang diwakili parti Islam itu.

Memetik laporan Sinar Harian , Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti calon yang sesuai untuk bertanding pada PRU14.

"Kita dalam usaha menapis calon-calon yang bersesuaian selewat-lewatnya sebelum Ramadan (awal Jun) ini," beliau dipetik berkata.

Kata Izham lagi, Amanah Selangor kini mempunyai 6,000 ahli dan menyasarkan seramai 10,000 ahli kelak.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad sebelum ini dilaporkan menganggap AMANAH sebagai satu ancaman kepada parti itu di Selangor kerana hasratnya bertanding di 8 kerusi PAS dalam pilihan raya akan datang.

"Ancaman PAS adalah Umno tapi ada musuh baharu di mana mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kerusi mereka akan rampas," katanya ketika berucap di Ijtima Pilihan Raya Selangor lalu.

Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang akan ditandingi mereka sebanyak 25 kerusi.

"PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH, sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan," katanya.

Lihat Komen
ADS