Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO demo isu dana Israel di Rumah Terbuka Guan Eng
Diterbitkan:  Feb 8, 2016 4:37 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

Sekumpulan individu mengadakan demontrasi di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Bayan Lepas hari ini dengan menuntut beliau menjawab dakwaan menerima RM1.2 bilion dari Israel.

Seramai 30 peserta protes membawa plakad dengan perkataan 'RM1.2 bilion', di luar SPICE Arena, lapor portal New Straits Times.

Ini berikutan Lim berulang kali menafikan dakwaan itu, berdasarkan kenyataan dibuat bekas ahli DAP Mohamed Razali Abd Rahman.

Bagaimanapun pemimpin protes, setiausaha NGO Persatuan Mukabuku Pulau Pinang Muhsin Lateef, dilaporkan berkata Lim mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap Razali bagi membuktikan beliau tidak menerima RM1.2 bilion dari Israel, lapor NST.

Razali, yang mendakwa beliau pernah bekerja sebagai pembantu kepada Lim berkata DAP mengambil wang dari Israel dengan balasan satu pangkalan tentera Israel akan dibina di Pulau Pinang sekiranya menang dalam pilihan raya umum 2013.

DAP telah memimpin kerajaan Pulau Pinang untuk dua penggal berturut-turut.

Parti itu telah menyangkal dakwaan tersebut dan menafikan Razali pernah menjadi pembantu kepada Lim, yang juga setiausaha agung DAP.

Menurut DAP Razali telah disingkirkan apabila beliau membuat dakwaan dalam media menuduh DAP menjadi sebahagian daripada "Konspirasi Kristian".

Lihat Komen
ADS