Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMANAH khuatir kerusi PAS jatuh ke tangan Umno
Diterbitkan:  Feb 9, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Dakwaan bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu bertanding di semua kerusi PAS kerana ditolak oleh rakan sekutu mereka disifatkan sebagai tidak berasas.

Ketua Pemuda AMANAH Abbas Azmi berkata tidak timbul isu mereka tidak diberi laluan untuk bertanding di kerusi milik PKR dan DAP pada pilihan raya umum akan datang.

"Seperti yang telah dinyatakan oleh pengerusi AMANAH Selangor, AMANAH mengambil tanggungjawab di dalam permuafakatan politik Pakatan Harapan di mana PAS bukan komponennya.

"Maka selayaknya AMANAH mengambil alih kerusi PAS itu kerana dikhuatiri kerusi tersebut boleh bertukar tangan kepada Umno-BN pada PRU yg akan datang," kata Abbas dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad semalam mendakwa Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mendapat laluan untuk bertanding di kerusi yang dimiliki PKR dan DAP.

Iskandar berkata disebabkan itu AMANAH berhasrat untuk bertanding di semua kerusi DUN dan parlimen milik PAS pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Malah, Exco kerajaan negeri Selangor itu mendakwa PKR dan DAP telah mengeluarkan kenyataan yang keras serta menghina AMANAH bagi mengelakkan kerusi mereka terlepas kepada parti baru itu.

Mengulas lanjut, Abbas berkata fokus AMANAH dan PH kini adalah untuk menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya akan datang.

Justeru, tegas Abbad kekuatan PH perlu digembeleng keseluruh negeri Selangor.

Lihat Komen
ADS