Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadang pinda OSA, PERKASA bimbang rakyat bangkit berontak
Diterbitkan:  Feb 9, 2016 2:00 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Pertubuhan pendesak Melayu PERKASA membangkitkan tentang keraguan mereka terhadap cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ketua Penerangan PERKASA, Hassan Basri Muhammad berkata usaha Apandi untuk meminda akta itu kini lebih menjurus kepada kebimbangan akan terdedahnya dokumen dan maklumat membabitkan salahlaku dan penyelewangan.

"Persoalannya apakah pendedahan maklumat tentang masalah tender dan perniagaan yang tidak mengikut peraturan, salahlaku rasuah, isu penyelewengan, penipuan dan sebagainya itu merupakan isu keselamatan negara," katanya dalam kenyataan media.

NGO itu jugu bimbang sekiranya rakyat bangkit dan memberontak untuk menzahirkan ketidakpuasan hati mereka.

"PERKASA melahirkan kebimbangan isu keselamatan yang lebih besar ialah apabila rakyat bangkit dan memberontak untuk menzahirkan ketidakpuasan hati apabila ada usaha menutup dan melindungi maklumat penyelewengan melalui pindaan Akta Rahsia Rasmi tersebut.

"Sepatutnya Peguam Negara lebih berusaha untuk mempertahankan maklumat dan sumber dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus dibawah prinsip 'good governance' dan sekaligus menambahkan keyakinan rakyat," katanya.

Apandi Sabtu lalu merancang untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dengan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.

Hukuman sama juga dicadangkan terhadap wartawan yang tidak mendedahkan sumber maklumat mereka.

Lihat Komen
ADS