Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi dakwa rizab Tabung Haji terus negatif
Diterbitkan:  Feb 9, 2016 2:45 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa rizab Tabung Haji terus mencatatkan kedudukan negatif pada 2015 iaitu bagi dua tahun berturut-berturut.

Katanya, perkara itu selaras dengan peringatan Bank Negara Malaysia apabila defisit rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion.

"Rizab yang negatif bermakna Tabung Haji tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit Tabung Haji jika ia dituntut serentak oleh pendeposit," dakwanya dalam kenyataan media.

Menurut Rafizi keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir pada 4 Februari lalu tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang Tabung Haji sebagai pelaburan.

"Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang tahun 2015, kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion.

"Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir," dakwa beliau.

Naib Presiden PKR itu berkata, adalah sangat penting bagi pendeposit dan rakyat tahu bahawa pengumuman bonus tahunan 5 peratus dan bonus haji 3 peratus bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji kukuh.

"Tambahan pula ia terlibat dalam beberapa pelaburan yang mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1MDB," dakwanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS