Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Deepa lwn Izwan: Mahkamah Persekutuan jumpa anak sebelum penghakiman

Sebelum menyampaikan keputusan mengenai kes S Deepa lawan N Viran @ Izwan Abdullah, Mahkamah Persekutuan memerintahkan supaya anak-anak mereka dibawa ke mahkamah supaya hakim boleh berjumpa dengan mereka sendiri.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel hakim, telah bertanya kepada peguam Hanif Khatri Abdulla Izwan sama ada kanak-kanak berkenaan hadir, dan Hanif menjawab ya.

"Kami mahu berjumpa kanak-kanak itu terlebih dahulu sebelum menyampaikan keputusan itu, tanpa kehadiran peguam dan ibu bapa. Jika perlu, kami akan memanggil mereka," kata hakim.

Hakim Raus kemudiannya menangguhkan prosiding untuk membolehkan panel hakim bertemu dengan dua kanak-kanak tersebut.

Hakim lain dalam panel hari ini ialah Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Hakim Datuk Azahar Mohamed.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS