Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Izwan dapat hak anak lelaki, Deepa anak perempuan

Selepas menemui anak terlibat dalam pergelutan hak penjagaan, Mahkamah Persekutuan memerintah bahawa Izwan Abdullah (N Viran) diberi hak jagaan anak lelakinya, manakala bekas isterinya S Deepa diberi jagaan anak perempuan mereka.

Keputusan dibuat berdasarkan hasrat anak- anak berkenaan.

Mahkamah tertinggi itu juga memutuskan perceraian dan jagaan dalam perkahwinan sivil patut diputuskan oleh mahkamah sivil.

Panel lima hakim menyatakan bahawa pembatalan perkahwinan dan arahan sampingan berikutan penukaran satu pihak kepada Islam tidak boleh dibuat oleh Mahkamah Syariah.

Berikutan ini, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memberikan hak penjagaan ibu terhadap anak lelakinya, V Mithran @ Mohd Nabil, yang akan tinggal bersama bapanya dalam Kuala Pilah.

Anak perempuannya, Sharmila @ Nur Nabila kini belajar di sebuah sekolah antarabangsa di Johor Bahru.

Kedua-dua kanak-kanak itu telah memeluk Islam dan Mahkamah Tinggi Sivil tidak mengganggu penukaran agama mereka.

Hakim-hakim lain dalam panel hari ini ialah Ketua Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azahar Mohamed.

Hakim-hakim berkenaan menemui dua kanak-kanak terbabit selama 35 minit sebelum membuat keputusan.

Dua soalan dikemukakan kepada mahkamah tertinggi, iaitu:

1) Sama ada, dalam konteks Perkara 121(1) (a) Perlembagaan Persekutuan , di mana satu perintah jagaan dibuat oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah Tinggi atas dasar ia mempunyai kuasa berbuat demikian, sama ada terdapat bidang kuasa oleh mahkamah lain membuat satu perintah bertentangan; dan

2) Sama ada tafsiran Seksyen 52 dan 53 Akta Kanak-kanak 2001, di mana perintah dapat dibuat apabila wujud satu perintah jagaan oleh Mahkamah Syariah yang mana boleh dikuatkuasakan pada masa yang sama.

Hakim Raus memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa yang betul untuk membuat keputusan mengenai hak penjagaan dan perceraian dalam perkahwinan sivil.

Panel itu membuat perubahan pada perintah jagaan berdasarkan Seksyen 88 (3) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat perintah sedemikian.

Izwan yang juga seorang pemandu lori dan pekerja NGO berkahwin dengan Deepa menerusi amalan Hindu pada 2003.

Izwan menganut agama Islam pada 2011 selepas menceraikan isterinya dan menukarkan dua anak mereka kepada Islam dua tahun kemudian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS