Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salleh: Ahli politik perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab
Diterbitkan:  Feb 11, 2016 6:22 AM
Dikemaskini: 10:23 PM

Ahli politik perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika membuat kenyataan kerana ia boleh menjejaskan kestabilan dan ekonomi negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ahli politik perlu sentiasa meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, mengatasi perkara lain.

"...pemimpin PKR dan Anggota Parlimen Rafizi Ramli berkata Tabung Haji akan bankrap manakala Tony Phua daripada DAP berkata 1MDB juga, akan bankrap, kedua-duanya sudah terbukti salah," katanya dalam laman blog sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata menggunakan taktik menakut-nakutkan bagi menimbulkan masalah kepada Tabung Haji atau mana-mana institusi kewangan, bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh disamakan dengan mensabotaj ekonomi.

"Rafizi berkata jika semua orang ke Tabung Haji dan mengeluarkan wang mereka pada masa yang sama, Tabung Haji akan bankrap. Saya anggap ia sebagai taktik menakut-nakutkan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Justeru, Salleh berkata tindakan seumpama itu tidak wajar dijadikan budaya politik kerana ia boleh melumpuhkan negara, orang ramai menjadi panik, rusuhan di jalanan, kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda.

- Bernama

Lihat Komen
ADS