Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemandu teksi dalam kes bunuh Najadi dibebaskan
Diterbitkan:  Feb 12, 2016 2:26 PM
Dikemaskini: 6:27 AM

Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan pemandu teksi yang didakwa membawa suspek pembunuh pengasas Ambank Hussain Najadi.

Mahkamah membenarkan rayuan Chew Siang Chee terhadap sabitan dan hukuman padanya, lapor The Star Online .

Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Shariff berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dan mahkamah juga bersetuju dengan pasukan pembelaan bahawa pertuduhan itu tidak dibuktikan.

Chew memfailkan rayuan terhadap sabitan kesnya dan hukuman 14 tahun penjara dan enam sebatan kerana memiliki pistol, lelopak peluru dan empat butir peluru.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kondominium Desa Cindaimas di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur kira-kira 5.45 petang pada 3 Ogos 2013.

Hussain, 76, meninggal dunia dan isterinya mengalami kecederaan parah selepas ditembak selepas keluar daripada Tokong Kuan Yin di Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013.

Penembaknya Kong Swee Kuan dijatuhkan hukuman mati pada 2014 atas kesalahan membunuh.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS