Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seorang maut, 2 cedera kereta terbabas langgar pokok
Diterbitkan:  Feb 12, 2016 4:14 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok yang berada di tepi jalan Datuk Mohd Sidin di Klang pagi tadi.

Dalam kemalangan 4.15 pagi itu, pemandu kereta itu, Lim Sheng Yiap, 24, yang bekerja sendiri, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan.

Sementara itu dua lagi penumpang lelaki kereta tersebut, Lim Kian Fong, 21, patah tangan kiri serta tulang belakang dan Yeong Ti Sem, 23, mengalami kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata kereta yang dipandu mangsa dari arah Jalan Batu Tiga Lama menghala ke Kampung Jawa dipercayai dipandu laju dan ketika melalui selekoh di Jalan Datuk Mohd Bidin, kereta itu hilang kawalan lalu terbabas serta melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan.

"Cuaca ketika kejadian adalah baik dan permukaan jalan kering. Tiada CCTV (kamera litar tertutup) berdekatan dengan kawasan kejadian dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS