Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Akan lebih hebat dari Dilwalee - itu keyakinan pengarah tersohor Aziz M Osman ketika menceritakan hajatnya mengarah filem mengenai pelaksanaan hudud.

Ditemui di majlis wacana mengenang allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur hari ini beliau berkata rancangan Menteri Besar Kelantan itu menarik untuk difilemkan.

“Kalau diberi peluang saya akan ambil. Ia boleh sangat kalau (hudud ini) nak nak filemkan,” katanya.

Jelas Aziz, hudud seharusnya diterima oleh semua pihak tanpa mengikut pegangan parti politik.

Malah katanya beliau sedia menggunakan platform filem untuk mendidik masyarakat mengenai undang-undang Islam itu.

“Konsep hudud memang semua kena terima, tidak kira Umno atau PAS.

"Bagi saya ilmu hudud ini perlu disampaikan kepada mereka yang tidak tahu mengenainya melalui kaedah pernah digunakan oleh Tok Guru (Nik Aziz) yang memang cantik dan sedikit demi sedikit.

"Dari segi psikologi Tok Guru telah pun melaksanakan hudud dengan cara mendidik,” katanya.

Mengulas lanjut, pengarah filem Leftenan Adnan itu berkata, ketika pergi ke Mekah sebelum ini dia berdepan insiden hukuman hudud akan dijalankan terhadap seorang pesalah.

Bagaimanapun katanya dia tidak sempat melihat peristiwa itu kerana anaknya mengajak pulang ke hotel.

“Tapi saya minta rakan saya ceritakan semula. Kata rakan saya, hukuman itu tidak dijalankan selepas keluarga mangsa memaafkan pesalah," katanya.

Hudud, kata anak pasangan seniman allahyarham M Osman dan Afida Es itu, mendidik supaya sesorang tidak lagi membuat kesilapan selepas dihukum.

"Itu yang kita nak sampaikan. Ini akan lebih hebat dari Dilwalee,” katanya.

Lihat Komen
ADS