Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rancangan meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi menghukum pembocor maklumat dan wartawan dengan penjara seumur hidup sebuah langkah mundur jika benar, kata presiden MCA.

“MCA amat bimbang perkembangan isu ini. [...] Ini akan jadi langkah pusing ke belakang,” kata Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada Malaysiakini.

Menteri pengangkutan itu bagaimanapun menegaskan beliau beliau melihat sendiri rancangan Peguam Negara (AG) Tan Seri Apandi Ali dan justeru itu enggan mengulas lanjut.

Beliau bagaimanapun berkata kenyataan Ketua Biro Undang-undang Pemuda MCA Ng Kian Nam – bahawa pindaan itu akan menjadikan Malaysia negara komunis – harus dihormati.

“Pemuda MCA boleh suarakan pandangan mereka yang mewakili pandangan rakyat.

“Kita perlu pastikan semua peringkat (kepimpinan) boleh menyuarakan pandangan dan kita akan dengan suara mereka,” kata Liow.

Rancangan Apandi itu mengundang bidasan pelbagai pihak, termasuk Ng, yang mempersoal rancangan AG untuk memberikan tekanan kepada pembocor maklumat dan bukan memburu pesalah rasuah dan salah guna yang didedahkan.

Dalam sidang media sebelum itu, Liow berkata MCA akan memastikan sebarang pindaan akan memberi manfaat kepada negara ini dan orang ramai.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS