Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa akan dirujuk kepada lembaga disiplin parti itu selepas jawatankuasa kerja PAS pusat mengkaji beberapa aduan yang dibuat terhadapnya.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka menerima rungutan terhadap Husam dari PAS Kelantan dan cawangannya.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PAS telah memutuskan bahawa aduan tersebut dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

Tuan Ibrahim berkata mereka membuat keputusan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan, serta perlembagaan PAS.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini selepas berlangsungnya mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat parti itu.

Prosiding berkaitan dengan kes itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh jawatankuasa tatatertib yang diketuai oleh bekas naib presiden PAS, Daeng Sanusi Daeng Mariok, katanya.

Tuan Ibrahim juga melahirkan harapan bahawa kes itu akan diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan "kesan negatif, daripada tuduhan berterusan dan memudaratkan kepentingan parti".

Reaksi Husam

Sementara itu, dalam reaksinya, Husam berkata beliau akan menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkannya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

"Pada masa yang sama, saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar PAS dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam PAS yang telah saya bangkitkan selama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan terhadap Husam datang selepas beliau dilaporkan menggesa naib presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan setiausaha agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan.

Ini ekoran Husam berpendapat bahawa Mohd Amar dan Takiyuddin didakwa telah gagal meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS