Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Angin kuat, laut bergelora di beberapa negeri

Angin kuat dan laut bergelora di perairan pantai timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka berterusan dari Rabu hingga Jumaat ini.

Kawasan terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan dan Kudat serta pantai barat pedalaman Sabah.

Jabatan Metereologi berkata angin timur laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan yang berbahaya kepada aktiviti pantai dan perkapalan.

Ia berkata keadaan cuaca yang serupa turut dijangka berlaku di Samui, Tioman, Bunguran, Layang-Layang, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS