Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAS nafi 3 pekerja ditahan seludup kura-kura di Dhaka
Diterbitkan:  Feb 15, 2016 6:40 AM
Dikemaskini: Feb 15, 2016 3:23 AM

Malaysia Airlines menafikan laporan media bahawa tiga lelaki yang ditahan kerana menyeludup kura-kura di lapangan terbang di Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat ialah kakitangannya.

Dalam satu kenyataan semalam, Malaysia Airlines berkata mereka yang terlibat secara langsung bukan kakitangannya dan insiden itu masih disiasat dengan terperinci.

“Syarikat tidak akan bertolak asnur dengan mana-mana kakitangan, kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang bersalah atas kesalahan jenayah dan menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata beliau.

Menurut media tempatan, tiga orang yang didakwa kakitangan Malaysia Airlines telah ditahan kerana menyeludup 30 ekor kura-kura yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS