Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak berasas, kata firma balak M'sia didakwa tipu cukai di PNG

Syarikat penyelidikan dasar, Oakland Institute mendakwa syarikat gergasi pembalakan Malaysia, Rimbunan Hijau Papua New Guinea mengurangkan nilai eksport balaknya dan menambahkan kos operasi bagi menunjukkan bahawa syarikat itu mengalami kerugian dan sekali gus melarikan diri daripada cukai.

Merujuk data dalam laporan yang dikeluarkan Isnin lalu, Oakland Institute berkata, 16 anak syarikat, Rimbunan Hijau mengisytiharkan kerugian sepanjang lebih daripada satu dekad lalu tetapi sebenarnya menyalurkan keuntungannya ke kawasan-kawasan perlindungan cukai.

Keuntungan itu kemudiannya dihantar ke Malaysia dengan berselindung di sebalik pelaburan langsung asing, kata syarikat penyelidikan itu dalam satu laporan setebal 25 halaman.

"Siasatan ke atas firma-firma, anak syarikat dan kawasan perlindungan cukai ke atas syarikat yang terbabit dengan pembalakan di PNG menunjukkan bahawa barangan dan perkhidmatan sering dibeli daripada syarikat induk sama ada dengan terlebih atau terkurang bayar.

"Industri ini membayar duti eksport dan levi ke atas balak berjumlah purata AS$ 80 juta (sekitar RM337 juta) setahun tetapi penggunaan haraga yang lebih rendah boleh memberi kesan ketara ke atas cukai pendapatan dan duti eksport.

"Kajian kami mendapati bahawa adalah mungkin beratus-ratus juta dolar hilang pada tahun-tahun kebelakangan ini melalui pengelakan cukai," petik laporan itu.

Rimbunan Hijau PNG, bagaimanapun, menganggap laporan itu "tidak berasas" dan berkata ia adalah sebahagian daripada kempen anti pembalakan oleh barat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS