Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar dapat katil khas, pertemuan 360 kali
Diterbitkan:  Mar 21, 2016 4:47 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menolak dakwaan layanan tidak baik terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh.

Zahid berkata Anwar, yang penjara selepas disabitkan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, diberikan layanan sama seperti banduan lain di penjara.

Bagaimanapun, kata Zahid , atas syor pakar, Anwar diberi beberapa kemudahan termasuk katil khas di hospital “ high end ”, kemudahan air panas serta makanan seperti bijirin, susu rendah lemak, buah kurma dan madu.

Sebelum itu, Tian Chua (PKR-Baru) mendakwa kemudahan di penjara tidak cukup untuk rawatan fisioterapi dijalankan.

Beliau juga mendakwa masa pertemuan dengan peguam tidak mencukupi.

Sementara itu, berkaitan kemudahan rawatan pula, Zahid berkata, setakat 13 Mac tahun ini, Anwar dibenarkan mengadakan 360 kali perjumpaan, termasuk untuk rawatan, bertemu keluarga dan peguam.

“Selain itu, dia dibenarkan untuk sama-sama dengan mana-mana banduan, menghubungi ahli keluarga dengan banduan lain sebanyak 38 kali, menggunakan perpustakaan 52 kali,” katanya.

Lihat Komen
ADS