Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi akan dedah dokumen OSA lusa, katanya bagi membela veteran tentera
Diterbitkan:  Mar 26, 2016 9:55 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah bersedia untuk mendedahkan dokumen yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) Isnin ini dan sekaligus bakal mengundang berkemungkinan berdepan dengan pihak berkuasa, dan hukuman penjara dua tahun.

Rafizi berkata dokumen itu akan menyokong dakwaannya bahawa 1MDB adalah sebab mengapa ribuan veteran tentera tidak mendapat pembayaran gratuiti mereka.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata akan mendedahkan dokumen itu untuk memaksa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berterus terang tentang perkara itu, tetapi ianya tidak berhasil.

"Jika itu (mendedahkan dokumen OSA) adalah apa yang diperlukan untuk membuat mereka membayar gratuiti (kepada veteran tentera), (maka) ia adalah berbaloi. Terdapat ribuan keluarga yang terlibat. Ini adalah orang miskin dan mereka menderita dalam senyap.

"Saya tidak ada pilihan, Apa lagi yang saya boleh lakukan?" kata bapa kepada seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Rafizi berkata beliau telah banyak mendengar mengenai nasib keluarga veteran tentera yang masih belum menerima bayaran gratuiti mereka.

"Saya tidak tahan mendengar cerita itu dan mereka datang berjumpa dengan saya," katanya sambil menambah bahawa beliau hanya mahu mereka dibayar gratuiti tersebut.

Beliau berkata kerajaan mempunyai beberapa hari lagi untuk menyelesaikan perkara itu sebelum beliau membuat pendedahan tersebut Isnin ini.

Rafizi berkata beliau tidak kisah dengan kemungkinan berdepan dengan hukuman penjara dua tahun di bawah OSA.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS