Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib tak pernah sebut pemberian AS$375 juta, kata Tajuddin

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menyebut berhubung pemberian AS$375 juta daripada seorang putera Arab Saudi sebelum ini.

Mengulas laporan oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang menerbitkan sepucuk surat mengenai pemberian itu, Tajuddin yang juga adalah timbalan menteri pertanian dan industri asas tani berkata, ia sesuatu yang sukar dipercayai.

"Kita tidak tahu sama ada ia benar atau tidak.

"Ini boleh menjadi tuduhan liar oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan Najib," katanya kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.

"Ini berita kepada saya," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin yang juga ahli parlimen Pasir Salak menjawab tidak.

"Jika ia begitu serius dan menjadi isu, Najib sendiri akan jawab, tak perlu untuk sesiapa memberi tekanan kepadanya."

Tajuddin bagaimanapun berkata Najib mempunyai hubungan yang rapat dengan Arab Saudi dan bahawa bukan menjadi sebarang kesalahan jika mereka menghulurkan sumbangan.

Perdana Menteri telah menafikan sebarang salah laku dalam skandal derma melibatkan RM2.6 bilion pada tahun 2013.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah dalam menerima sumbangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS