Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi yakin terus dibekalkan info sulit tiap minggu
Diterbitkan:  Apr 1, 2016 8:54 PM
Dikemaskini: 12:56 PM

Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau sendiri tidak tahu siapa yang memberikan dokumen sulit yang membolehkannya mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau menafikan anggota parlimen DAP Tan Seng Giaw dan Tony Pua atau anggota lain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang membekalkannya laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB, seperti dispekulasi banyak pihak.

Rafizi berkata, sekutunya daripada DAP tidak pernah berkongsi maklumat dalam prosiding PAC dan anggota parlimen lain juga tidak memintanya kerana mereka faham kerahsian perjalanan jawatankuasa itu.

Mengulas lanjut, naib presiden dan setiausaha agung PKR itu berkata pembocor maklumat tidak akan meninggalkan jejak mereka.

“Saya tidak tahu siapa beri dokumen ini pada saya,” tegasnya yang sebelum ini membuat pendedahan demi pendedahan berkaitan dakwaan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Beliau berkata mendapat maklumat berkaitan sedikit demi sedikit setiap minggu dan percaya beliau akan terus dibekalkan dengan dokumen itu.

Rafizi pada 28 Mac mendedahkan dokumen itu yang didakwanya menunjukkan kaitan antara 1MDB dan LTAT dan membuat laporan polis selepas itu.

Anggota PAC Liang Teck Meng semalam membuat laporan polis terhadap Rafizi kerana mendedahkan dokumen sulit itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS