Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Artikel EIR: Mahathir pernah tuduh WSJ sabotaj Malaysia
Diterbitkan:  Apr 4, 2016 6:19 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memuat-naik sebuah artikel bertarikh 17 Oktober, 1986 di Twitter berikutan ‘serangan’ berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Artikel itu dengan tajuk "Dr Mahathir, Malaysia berdepan dengan pembohongan Wall Street Journal".

Artikel EIR ( Executive Intelligence Review ) itu menyatakan bagaimana Dr Mahathir yang ketika itu adalah perdana menteri membidas WSJ .

Malaysia's Dr Mahathir takes on the Wall Street Journal's lies. #throwback https://t.co/F6zNipxMca

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) April 4, 2016

Menurut artikel itu, Mahathir memberitahu mesyuarat dengan ahli perniagaan di Lower Manhattan yang WSJ menjalankan kempen berterusan untuk mensabotaj ekonomi Malaysia.

Bekas perdana menteri itu menuduh editornya menerbitkan artikel-artikel untuk “melemahkan ekonomi kita".

Beliau berkata kerajaan Malaysia melihat "trend khas" di mana WSJ menyiarkan apa yang disebut sebagai artikel "keji" setiap kali mesyuarat antarabangsa berlangsung yang mungkin memberi kesan kepada pelaburan di Malaysia.

EIR juga mencatatkan pentadbiran Mahathir telah mengusir dua wartawan akhbar itu, edisi Asia pada 26 Sept dan mengharamkan penerbitan itu selama tiga bulan.

Mahathir, ketika ditanya sama ada pengusiran dua wartawan itu mempunyai kesan ke atas usaha Malaysia untuk menarik pelaburan Amerika Syarikat, menjawab: "Ia akan mempunyai kesan yang sangat negatif, ini adalah apa yang Wall Street Journal mahu lakukan."

Beliau juga menuduh Asian Journal menerbitkan artikel negatif terhadap menteri kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin dan sebuah lagi mengenai mesyuarat IMF yang tidak mengandungi "sebarang fakta".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS