Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu 1MDB: Hadi enggan menghukum sebelum dibuktikan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua penyelewengan harus ditolak dan ia bukan sahaja khusus terhadap 1MDB.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang tidak menamakan mana-mana pihak berkata, seseorang itu tidak boleh didakwa sebagai bersalah sebelum siasatan dilakukan terlebih dahulu.

"Kita bukan saja khusus dalam 1MDB. Semua penyelewengan kita tolak. Tapi perlu disiasat terlebih dahulu.

“Kita tak mahu menghukum sesiapa sebelum disiasat dengan cara yang betul mengikut kaedah perundangan Islam yang kita perjuangkan.

"Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pemimpin pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman sebelum ini melahirkan kekecewaan terhadap Abdul Hadi yang didakwanya mengabaikan prinsip perjuangan PAS kerana tidak melihat kontroversi 1MDB skandal rasuah.

Lihat Komen
ADS