Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tetap ada seks bebas jika sekat perkahwinan kanak-kanak'

Seorang ahli parlimen PAS hari ini berhujah bahawa mengharamkan perkahwinan kanak-kanak akan menyaksikan gadis bawah umur tetap menjalinkan hubungan seks bebas.

Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) berkata akan menjadi masalah besar kerana gadis-gadis di bawah umur 16 tahun itu mempunyai nafsu untuk seks.

Beliau berkata demikian selepas mencelah Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang membahaskan rang undang-undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat.

“Boleh dapat penjelasan sikit, yang kes ini umur 14 tahun ini adalah ‘mutual consent’ atau dipaksa laki-laki itu.

“Kalau mutual consent bermakna budak itu sudah ada keinginan kepada seks dan ini adalah masalah besar.

“Kalau kita menyekat mereka daripada berkhawin, keinginan ini ada juga, jadi mereka akan terdedah melakukan seks secara bebas dan di luar nikah. Apa pendapat Kulai, adakah setuju kanak-kanak itu ada hubungan seks tanpa perkhawinan,” soalnya.

Teo yang berang terus menjawab, "Tahukah YB apa itu rogol berkanun? Menghadakan hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah 16 adalah kes rogol statutori."

"Bagaimana kita boleh benarkan anak-anak kita untuk berkahwin dengan perogol?" soalnya.

Sebelum ini, Teo dalam perbahasannnya mencadangkan supaya kerajaan mengharamkan perkahwinan yang melibatkan individu di bawah umur.

Beliau merujuk kes di Sabah di mana seorang gadis berusia 14 tahun berkahwin dengan seorang lelaki berusia 40 tahun yang merogolnya selepas dia membayar keluarga gadis itu.

"Ada bukti bahawa perogol memberi wang kepada bapa kanak-kanak itu dan meminta bapanya membenarkan dia berkahwin dengan gadis itu. Adakah ini keadilan?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS