Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Siasatan Swiss tunjukkan 1MDB mungkin mangsa penipuan'
Diterbitkan:  Apr 13, 2016 9:00 PM
Dikemaskini: 1:03 PM

1MDB mungkin telah ditipu untuk memindahkan AS$3.5 bilion kepada sebuah syarikat yang tidak berkaitan dengan perjanjian penjualan loji janakuasa Genting Tanjong, kata pihak pengurusannya.

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata pengumuman oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland semalam menunjukkan bahawa 1MDB mungkin menjadi "mangsa penipuan".

"Memandangkan penafian baru-baru ini oleh IPIC dan pengumuman oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, menunjukkan bahawa 1MDB mungkin menjadi mangsa penipuan, 1MDB sedang meneroka segala peluang yang terbuka untuk kita.

"Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat," kata Arul Kanda dalam satu kenyataan.

Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ia sedang menyiasat urusniaga penipuan, pemalsuan, rasuah dan pengubahan wang haram serta mempercayai dana berkenaan telah memberi manfaat kepada dua individu, sebuah bekas badan 1MDB dan sebuah syarikat penerbitan filem.

1MDB mempertahankan bahawa ia memindahkan wang berkenaan ke sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgin Island - Aabar PJS Limited - selepas diberitahu bahawa ia adalah anak syarikat International Petroleum Investment Corporation (IPIC), milik Abu Dhabi.

Menurut 1MDB, firma pelaburan negara itu telah diberi jaminan berkenaan oleh pengarah urusan IPIC ketika itu, Khadem Al Qubaisi dan CEO Aabar, anak syarikat IPIC iaitu Mohamed al Husseiny.

IPIC pada Isnin lalu memaklumkan kepada Bursa Saham London bahawa ia tidak memiliki syarikat Aabar (Aabar BVI) yang diperbadankan di British Virgin Island.

Mohamed al Husseiny dilaporkan sebagai pelabur utama di Red Granite, sebuah firma Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu Riza Aziz.

The Wall Street Journal melaporkan ia menerima dana 1MDB bernilai AS$155, yang mana AS$105 juta datang melalui pinjaman daripada Aabar BVI.

Red Granite menafikan sebarang salah laku dan sedang bekerja sama dalam siasatan.

Menurut syarikat itu lagi, tiada sebarang dananya adalah dari Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS