Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib gagal batal penyataan pembelaaan Rafizi, kes dibicarakan

Saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan pemilik Media Rakyat Chan Chee Kong akan dibicarakan.

Ini susulan tindakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman yang menolak permohonan Najib untuk membatalkan pernyataan pembelaan kedua-dua defendan bahawa ulasan mereka sebagai berasas dan adil (fair comment).

Peguam Chan, Razlan Hadri Zulkifli berkata hakim memerintahkan kes berkenaan dibicarakan untuk perbicaraan selepas memutuskan bahawa adalah tidak wajar bagi beliau membenarkan permohonan itu.

Walau bagaimanapun, Razlan berkata, belum ada tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraan dan pihak-pihak yang perlu hadir di hadapan Timbalan Pendaftar mengenai perkara ini.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib ketika ditemui, juga mengesahkan bahawa permohonan mereka untuk membatalkan pembelaan ulasan ‘komen adil’ itu telah ditolak.

"Saya akan memberi taklimat kepada Najib dan menunggu arahan selanjutnya sama ada untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini," kata Hafarizam.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman ke atas Rafizi dan Chan kerana komen Setiausaha Agung PKR itu dalam satu ceramah yang mendakwa pengurangan subsidi minyak adalah untuk membiayai pembelian cincin Rosmah.

Kenyataan itu diterbitkan oleh Media Rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS