Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Mahathir bertanggungjawab, media barat perlu mohon maaf’
Diterbitkan:  Apr 15, 2016 4:57 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertanggungjawab berhubung kerosakan reputasi Malaysia, kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata demikian ketika mengulas pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa sumbangan derma kepada Najib memang datang dari negara itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Beliau juga mengkritik media barat kerana membenarkan diri mereka digunakan oleh individu dan kumpulan yang mempunyai agenda politik.

"Media barat yang membenarkan diri mereka digunakan untuk menyebarkan dakwaan palsu bermotifkan politik harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media.

Tengku Sharifuddin berkata, kenyataan menteri Arab Saudi itu mengesahkan apa yang dipertahankan oleh Najib mengenai derma RM2.6 bilion dan penemuan pelbagai agensi sah yang menyiasatnya.

"Ini juga membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan liar yang dijaja selama setahun oleh Mahathir dan kempen anti-Najib beliau adalah palsu.

"Pembohongan Mahathir didorong oleh kepentingan peribadi, bukannya kerana cintakan Malaysia atau rakyat.

"Ia adalah usaha untuk menggunakan penipuan bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, hanya untuk menyelamatkan kerjaya politik anak Mahathir, Mukhriz," katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari lalu membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung dalam siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri.

Apandi juga mendedahkan bahawa RM2.03 bilion kemudiannya dikembalikan kepada penderma berkenaan iaitu seorang putera Arab Saudi.

Walau bagaimanapun, Mahathir terus menuduh Najib melakukan salah laku dalam perkara berkenaan. Perdana Menteri juga berulang kali menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS