Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin: Saya beri kuasa PKR S’wak tanding di 5 kerusi DAP

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.

Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.

"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, dirinya tidak ingat bila Wan Azizah memberinya mandat tersebut.

Beliau berkata keputusan pada 7 April lalu apabila dirinya menandatangani dan bersetuju pada dasarnya untuk memberi lapan kerusi kepada DAP, termasuk lima kerusi yang menjadi perbalahan, bukan muktamad.

Pada mesyuarat 11 April lalu , Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Wan Azizah, mendakwa mereka berjaya menyelesaikan bersama isu pertindihan kerusi.

"Ya, kita bersetuju pada dasarnya untuk mengekalkan pertandingan satu lawan satu.

“Hakikat bahawa mereka (DAP dan PKR) tidak mengumumkan calon bagi kerusi itu menunjukkan bahawa rundingan masih berjalan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS