Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan dakwa Razif sudah mengadap sultan
Diterbitkan:  Apr 28, 2016 12:33 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Kemelut politik di Terengganu dilaporkan selesai selepas Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Memetik sumber, The Star Online melaporkan istana menerima mengadap Razif dalam pertemuan biasa setiap Rabu sebelum mempengerusikan mesyuarat exco.

Bagaimanapun, pemberita dilapor tidak sedar pertemuan itu dan menunggu di kompleks kerajaan Wisma Darul Iman sejak 8.30 pagi.

Razif juga sejam selepas itu hanya menegur dan tersenyum kepada pemberita tanpa memberitahu beliau akan mengadap sultan Terengganu.

The Star Online juga melaporkan Razif telah bertemu Najib Jumaat lepas dan menyatakan kesediaannya berundur tetapi ditolak Najib.

Exco pelancongan negeri Datuk Mohd Jidin Shafee berkata pertemuan perdana menteri dan kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijadual dibuat di Kuala Lumpur semalam tetapi ditangguhkan.

Setakat ini belum jelas bila Najib akan mengadap sultan. Malaysiakini difahamkan Sultan Mizan sekarang berada di luar negeri itu.

Sejak semalam, istana hinggap Terengganu di Kuala Lumpur dikerumuni pemberita susulan khabar angin pertemuan itu.

Tanpa menyatakan sebab jelas, istana sebelum ini mengumumkan menggugurkan semua darjah kebesaran yang diberikan kepada Rafiz. Ia menimbulkan persoalan pertukaran menteri besar akan berlaku.

BN tidak mempunyai majoriti selesa di Dewan Undangan Negeri kerana hanya mempunyai kelebihan dua kerusi berbanding pembangkang.

Lihat Komen
ADS