Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah putuskan jika anak mesti pisah dengan bapa

Sejak lapan tahun lalu, anak gadis Mohd Ridhwan Abdullah yang ketika itu hanya berusia 11 bulan hanya mengenali ayahnya yang memeluk agama Islam dan melarikannya daripada ibunya sebagai penjaga tunggalnya.

Lapan bulan juga berlalu sejak ibunya, M Indira Gandhi memohon mahkamah untuk memaksa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memulangkan ankanya itu sejak pasangan berkenaan bercerai dan masing-masing menuntut hak penjagaan tiga anak mereka.

Esok, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan keputusan sama ada Ketua Polis Negara perlu mematuhi perintah Mahkamah Tinggi.

Pada 12 September, 2014, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan perintah mandamus memaksa Khalid untuk mencari dan menangkap Ridhwan dan menyerahkan anak perempuan bongsu mereka kepada Indira.

Bagaimanapun, tiga bulan kemudian, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkan perintah Mahkamah Tinggi itu dengan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahman dan Datuk Ahmadi Asnawi membenarkan rayuan ketua polis itu manakala Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menolaknya.

Berikutan itu, Indira, yang diwakili oleh peguam Aston Paiva dan ahli Parlimen DAP M Kulasegaran, membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.

Hujah Paiva, Ridhwan hanya mempunyai hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah, dan bukannya dari mahkamah sivil.

Tambahan pula, katanya Ridhwan gagal hadir di mahkamah enam atau tujuh tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa perkara berkenaan adalah pertikaian peribadi dan tidak harus membabitkan pihak polis dan kerajaan.

Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif mengetuai panel lima anggota yang akan bersidang esok.

Keputusan itu, bagaimanapun, mungkin hanya disampaikan oleh empat hakim memandangkan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong bersara daripada Mahkamah Persekutuan awal tahun ini.

Sementara itu, Indira juga mencabar penukaran unilateral agama tiga anaknya oleh bekas suaminya dan perkara itu ditetapkan untuk rayuan pada 19 Mei.

Lapan persoalan undang-undang dikemukakan untuk tujuan itu dan walaupun soalannya tidak diketahuii, tetapi dijangka mengenai isu-isu ini:

- Kedudukan Malaysia dalam konvensyen antarabangsa seperti konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak-hak kanak-kanak, di mana Malaysia adalah sebuah negara yang menandatanganinya.

- Bidang kuasa antara mahkamah sivil dan syariah dan

- Sama ada kanak-kanak yang lahir melalui perkahwinan undang-undang sivil mesti mematuhi Pentadbiran Agama Islam enakmen negeri masing-masing.

Lihat Komen
ADS