Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bagaimana besi kokot ada di telinga Dharmendran?

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyangkal penjelasan anggota polis bahawa telinga N Dharmendran yang meninggal dunia semasa dalam tahanan, telah dikokot (staple) selepas kematiannya.

Memetik pendengaran awam yang diadakan berikutan kematian Dharmendran, Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata dua pegawai polis memberikan teori mereka bagaimana besi kokot didapati di telinga Dharmendran.

Seorang anggota menyatakan dawai itu secara tidak sengaja dikokot ketika mayat mangsa sedang dibungkus sebelum dihantar ke hospital, manakala seorang pegawai lain menyatakan teori bahawa telinga itu dikokot ketika badan mangsa berada di rumah mayat.

"(Teori-teori itu) sama sekali tidak logik, penjelasan yang tidak munasabah," kata Yaacob dalam sidang media selepas menyampaikan laporan mengenai hasil daripada pendengaran awam hari ini.

Yaacob berkata keterangan daripada pakar patologi mengesahkan terdapat darah selepas kokot dikeluarkan.

"Ini menunjukkan bahawa telinganya telah dikokot ketika dia masih hidup. Ia menunjukkan bahawa mengokot itu dibuat selepas kematiannya atau di rumah mayat, "katanya.

Pakar patologi itu juga mengesahkan bahawa telinga Dharmendran telah dikokot tidak lebih daripada tiga hari sebelum bedah siasat.

Kejutan hypovolemic

Yaacob berkata, jika benar telinga Dharmendran telah dikokot, pasti ada serpihan plastik padanya.

"Saya tidak mengatakan kokot itu menjadi sebab kematiannya, tetapi terdapat kecederaan yang dialami olehnya.

"Kombinasi kecederaan, termasuk 52 lebam yang disebabkan oleh objek benda tumpul, telah menyebabkan kehilangan besar darah ke dalam tisu, menyebabkan kejutan hypovolemic."

Ketua EAIC juga kecewa dengan kekurangan pengambilan darah untuk analisis DNA.

Dua pengkokot dari pejabat unit D9 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) telah dirampas tetapi kekurangan sampel darah menyukarkan analisis perbandingan DNA untuk menentukan identiti 'Lelaki 1 ".

"Jika sampel darah diambil daripada mana-mana anggota yang mempunyai akses kepada Dharmendan, ia boleh dibandingkan dengan darah pada kokot. Ini akan memberikan bukti yang lebih baik," kata Yaacob.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013 dan meninggal dunia 10 hari kemudian semasa dalam tahanan polis di IPKKL. Empat pegawai polis dari IPKKL ditangkap dan didakwa menyebabkan kematiannya.

Pada 12 Disember 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan empat anggota polis daripada pertuduhan itu selepas menyimpulkan bahawa tiada kes prima facie terhadap mereka.

Mahkamah Rayuan, bagaimanapun, telah mengarahkan empat pegawai polis untuk membela diri dalam kes itu.

Lihat Komen
ADS