Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIC: Mahkamah, bukan polis tentukan keadaan mental suspek

Pemuda MIC hari ini menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap cara polis mengendalikan kes pencerobohan sebuah kuil di Ipoh petang Ahad lalu yang menyaksikan beberapa patung dipecahkan.

Setiausaha pergerakan itu Arvind Krishnan berkata bukan polis untuk menentukan supaya suspek yang terlibat itu dihantar ke Hospital Bahagia untuk rawatan gangguan mental.

"Pemuda MIC kecewa dengan cara kes (pencerobohan kuil) dikendalikan.

"Mereka (polis) sepatut membawa suspek ke mahkamah. Dan mahkamah perlu membuat keputusan jika dia memerlukan bantuan perubatan," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Aravind berhujah bahawa cara polis mengendalikan kes itu boleh menyebabkan pihak tidak berpuas hati membuat kenyataan perkauman dan agama yang sensitif.

"Kami berharap pihak polis akan mendakwanya di mahkamah secepat mungkin.

"Sehubungan itu, Pemuda MIC merancang untuk menyerahkan memorandum kepada ketua polis Perak berhubung isu berkenaan hari ini," katanya.

Suspek, seorang bekas doktor perubatan, ditangkap apabila keretanya berlanggar ketika cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

Beliau sebelum itu memecahkan beberapa patung di kuil Sree Muneeswarar Amman, di Jalan Hospital, Ipoh.

Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Isnin lalu berkata, suspek adalah pesakit mental yang tidak stabil.

Beliau juga menafikan bahawa suspek dikaitkan dengan organisasi keganasan dan berkata lelaki itu bertindak seorang diri.

Ketua Polis Negara juga menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu itu dan memberi amaran bahawa ia boleh membawa kepada keadaan yang tidak diingini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS