Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undangan jamuan tiram, Lim jawab lepas pilihan raya
Diterbitkan:  Apr 28, 2016 7:14 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memilih untuk tidak mendedahkan apa yang terpendam di hatinya berikutan pertikaian kerusi antara DAP dan PKR pada pilihan raya negeri Sarawak.

Buat masa ini, katanya, tumpuan adalah kepada kempen pilihan raya negeri yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Lim diminta mengulas cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang merancang menjemputnya untuk menikmati makan malam mewah sambil membincangkan perkara-perkara berkaitan pakatan pembangkang.

Bekas menteri itu berkata beliau berhasrat untuk menarik perhatian Lim semasa makan malam itu supaya melupakan kerjasama pilihan raya bersama PKR dan hanya berurusan dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebaliknya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Zaid dan semua yang memberi pandangan mereka," katanya kepada Malaysiakini.

"Tetapi seperti yang saya katakan pada hari penamaan calon, fokus saya sekarang adalah pilihan raya negeri Sarawak dan semua perkara lain akan diuruskan selepas 7 Mei," katanya.

Kedua-dua PKR dan DAP berbalah apabila parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara itu, menamakan calonnya untuk bertanding di lima kerusi yang sama - Mulu, Mambong, Murum, Simanggang dan Ngemah.

Sebagai tindak balas, DAP meletakkan calonnya pada saat akhir di kerusi DUN Batu Kitang.

Susulan itu, kedua-dua sekutu Pakatan Harapan berkenaan saling menuding jari terhadap satu sama lain.

Seteru politik mereka mengambil kesempatan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa Sarawak akan menjadi huru-hara jika pembangkang mentadbir negeri atau negara.

Akibat krisis tersebut, kedua-dua Lim dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon maaf kepada rakyat manakala pemimpin AMANAH yang kecewa berhubung apa yang berlaku.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkannya sebagai kegagalan kepimpinan Harapan.

Zaid, dalam pada itu, elahirkan rasa sedih dengan Lim terpaksa memohon maaf kerana tindakan PKR.

Bagaimanapun, penganalisis politik Khoo Kay Peng menolak cadangan bekas menteri Umno yang pernah berjuang bersama PKR sebelum dipecat.

Beliau berkata senario itu akan meletakkan kerajaan Selangor dalam bahaya.

PKR mempunyai 13 ADUN manakala DAP mempunyai 15 wakil dan dan dua dari AMANAH. Sekutu lama dalam bekas Pakatan Rakyat pula mempunyai 13 wakil rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS