Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Subjudis bincang kes Dharmendran luar mahkamah - IGP
Diterbitkan:  Apr 28, 2016 10:48 PM
Dikemaskini: 2:51 PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbicaraan kes bunuh N Dharmendran semasa dalam tahanan oleh empat polis yang sedang berjalan menjadikannya prejudis dan subjudis untuk Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membincangkan secara luar mahkamah.

Malah di peringkat awalan, pihak jawatankuasa aduan harus maklum bahawa apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuk apa-apa prosiding rayuan, hendaklah dilaporkan kepada suruhanjaya mengenai aduan tersebut dan dapatannya.

"Ini termasuk alasan bagi dapatannya dan membuat syor supaya suruhanjaya menolak aduan itu (seksyen 26 (4)(f) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009)," katanya dalam kenyataan media.

Hari ini, EAIC menyangkal penjelasan anggota polis bahawa telinga N Dharmendran yang meninggal dunia semasa dalam tahanan, telah dikokot (staple) selepas kematiannya.

Memetik pendengaran awam yang diadakan berikutan kematian Dharmendran, Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata dua pegawai polis memberikan teori mereka bagaimana besi kokot didapati di telinga Dharmendran.

Seorang anggota menyatakan dawai itu secara tidak sengaja dikokot ketika mayat mangsa sedang dibungkus sebelum dihantar ke hospital, manakala seorang pegawai lain menyatakan teori bahawa telinga itu dikokot ketika badan mangsa berada di rumah mayat.

"(Teori-teori itu) sama sekali tidak logik, penjelasan yang tidak munasabah," kata Yaacob dalam sidang media selepas menyampaikan laporan mengenai hasil daripada pendengaran awam hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid menambah, kenyataan Yaacob telah melahirkan tanggapan bahawa pihak polis gagal mengambil tindakan terhadap empat anggota polis yang terlibat.

Pihak polis tidak pernah melindungi mana-mana pegawai atau anggotanya yang terlibat dalam sebarang pelakuan jenayah, tegas Khalid lagi.

Lihat Komen
ADS