Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khutbah ingatkan pekerja jauhi rezeki haram, syubhat
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 12:35 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Di zaman materialistik hari ini pekerja didakwa semakin ketandusan rohani apabila segelintir mereka hanya mementingkan keuntungan dengan mengaut sebanyak mungkin kekayaan tanpa mempedulikan punca dan sumbernya.

Menurut teks khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pekerjaan yang berunsurkan haram dan syubhat dilarang kerana menyebabkan pintu keberkatan rezeki tertutup.

“Namun, apa yang membimbangkan di zaman materialistik ini ialah ketandusan rohani segelintir pekerja yang mengaut sebanyak mungkin kekayaan tanpa mempedulikan punca dan sumbernya.

“Ingatlah, pekerjaan atau sumber rezeki yang haram dan syubhat tidak akan diterima oleh Allah SWT di akhirat nanti,” menurut teks khutbah itu.

Justeru, mimbar menyeru setiap pekerja perlu memastikan jasmani dan rohaninya seimbang melalui penguasaan ilmu dan kemahiran yang membolehkan pelbagai manfaat dinikmati.

“Mimbar yakin, pekerja yang berkemahiran mampu menjadi penggerak dalam meningkatkan ekonomi untuk menyara kehidupan diri dan keluarga,” menurut khutbah lagi.

Khutbah berjudul “Pekerja berkemahiran penggerak ekonomi” itu dibuat sempena meraikan Hari Pekerja Ahad ini.

Lihat Komen
ADS