Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan sejak penamaan calon pihaknya menerima 32 laporan polis dan 23 darinya sedang disiasat.

Manakala laporan selebihnya berkaitan salah laku dalam Akta Pilihan Raya yang akan disiasat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Antara kes yang disiasat adalah rosakkan poster, turunkan bendera, ada kes libatkan pecah tingkap kereta curi wang, satu kes bergaduh dan lain-lain kita rujukkan kepada SPR kerana kesalahan di bawah pilihan raya,” katanya kepada pemberita di luar Masjid Darul Ibadah, Kuching.

Khalid berkata, tidak ada sebarang tangkapan yang dibuat dan keadaan masih dalam keadaan tenang dan situasi terkawal sebelum PRN.

Beliau turut memuji rakyat Sarawak yang dilihat lebih matang dalam berdepan isu politik negara.

“Tenang terkawal saya berterima kasih kepada masyarakat negeri Sarawak, kerana masyarakat negeri Sarawak lebih matang dari segi berhadapan isu politik negara kita.

Pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung 7 Mei ini.

Ia menjadi ujian pertama kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang mengambil alih tampuk kuasa daripada pentadbiran panjang dan kontroversi Tan Sri Taib Mahmud.

Lihat Komen
ADS